Pages

Sunday 28 August 2011

Sebuah lapangan untuk kapal yang boleh terbang di tempat berlumpur


Salam and Hi 


Dengan ini secara rasminya shoutul humaira mengisytiharkan diri sebagai sebahagian dari Kanada.Bertemu kita kembali dalam rancangan Journey To The West tajaan UBC.Kini shoutul berada di dalam bilik yang agak2 sejuk di Jalan Radisson. Jom cita macam mana shoutul sampai ke kanada. Di KLIA kitaorg bersama keluarga tiba lebih kurang pukul 4 petang.Punyalah teruja sehinggakan hilangnya logo 1Malaysia.Ayah punya la tertekan dek kehilangan logo tersebut lalu dengan kebijaksanaan cik mama,cik mama membeli logo yang baru sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Kemudian  ada la kakak JPA datang minta pelajar tajaan JPA untuk ke tempat menghantar bagasi kargo.shoutul apa lagi, angkut la dan yang bertuahnya shoutul menjadi org pertama di kaunter L16.Lepas tue jalan ngn cik mama dan encik papa di KLIA walaupun ada yang bercadang untuk pulang ke hotel.

Setelah berjalan ke hulu dan kehilir dan kami berehat menunggu waktu berbuka.Tetiba datang seorg kawan yang juga bakal berjuang di bumi daun maple dan timbul la pelbagai perbualan bersama ayah,shoutul dan kawan shoutul.Setelah berbuka di Restoran Ayam Goreng Kentucky,shoutul dan kawan pergi ke surau menunai solat Maghrib dan Isya'.Setelah berehat sehingga jarum jam tangan shoutul menunjukkan waktu berkumpulnya pelajar 2 JPA.Encik A memberi pesanan terakhir sebelum kitaorg terbang.Setelah mendapatkan tiket penerbangan dan pas terbang,kitaorg pown turun la sambil melambaikan tangan kepada cik mama,encik papa dan keluarga.Yang lawaknya shoutul tak menangis pown mcm dalam drama..haha..kitaorg pown terus menuju ke kastam bersama seorang rakan yang berasal dari Gombak dan seorg lagi dari Puchong...

Kitaorg pown tunggu la di Terminal 2 untuk penerbangan ke Frankfurt sambil bersembang dengan seorg kawan yang digelarkan sebagai Dato'.hehe.Setelah pintu pagar dibuka,staff MAS memberi peluang dahulu kepada golongan2 yang mempunyai tempat duduk kelas penerbangan dan bagi yang berkeluarga..selepas tue kitorg serbu la pintu pagar tue.Dalam kapal terbang saya duduk di tempat duduk tengah disebelah Alfie dan seorg kawan dari Bandar Tun Hussein Onn.Kitaorg teruja la sebab ada skrin tv di hadapan dan cuba untuk mengaktifkannya.Setelah kapten kapal memberi arahan untuk memakai tali pinggang keledar untu keselamatan,yang tinggal hanyalah bunyi enjin pesawat Boeing 747..tepat jam 12 malam,kitaorg pown terbang la.

Dalam perjalanan kawan yang berasal dari Gombak mengajak shoutul humaira untuk solat tarawih..huhu..saya apa lgi,terus tanya kakak pramugari tue la dan yang seronoknya kami diberi kebenaran solat di atas kapal terbang,punya la seronok sebab dapat solat tarawih sama2.Setelah terbitnya fajar kawan saya tue ajak saya berpuasa.Jadi secara keseluruhannya saya berpuasa selama 28 jam dek berlakunya perubahan zon waktu.Tibanya di Frankfurt,saya dan rakan-rakan ronda di sekitar lapangan terbang antarabangsa Frankfurt selama 4 jam dengan termasuknya pemeriksaan bagasi.Kemudian kitaorg naik Air Canada ke Toronto di mana perjalanan mengambil masa selama 9 jam.Huhu..

Setelah tibanya di Toronto,kitaorg diminta untuk membuat pemeriksaan kastam dan immigresen untuk dapatkan permit pelajar.Kitaorg ronda lebih kurang dua jam di Toronto sambil membeli makanan untuk berbuka puasa.Tidak lupa juga shoutul dan rakan menunaikan solat secara duduk di lapangan terbang.solat2.Apabila tibanya jam 4 petang kitaorg pown terbang ke Vancouver dan perjalanan mengambil masa 5 jam.Seronok jugak sebab dapat melihat Rocky Mountain...lawa2.Itulah perjalanan shoutul humaira ke KANADA...

-shoutul humaira-0657-Vancouver-

No comments:

Post a Comment