Pages

Monday 15 August 2011

Kejuruteraan


Salam and Hi!

Bertemu kita lagi dalam rancangan “Journey To The West” terbitan UBC...ye..apa pulak tajuk yang menjadi debaran anda semua kali ini?ya itu la kejuruteraan.Nak cita sedikit mcm man bleh diri shoutul humaira yang cool lagi bergaya nie bleh terjebak dalam kejuruteraan nie...kisahnya bermula pada zaman di mana shoutul humaira belum lagi mengenal dunia dan masih lagi budak hingusan di bawah jagaan cik mama dan encik papa.




Kisahnya yang osem nie bermula masa tahun ketiga di sekolah menengah yang tidak kurang popularnya di mana ada satu kelas yang dikendalikan oleh seorang cikgu lelaki yang agak2 hensem mengajar subjek yang mengajak para pelajar untuk mahir di dalam kehidupannya.Ada satu tajuk yang agak2 best di mana tajuk nie menjadi pencetus kepada minat shoutul humaira untuk menyelami bidang kejuruteraan nie.Tajuk itu adalah "ENJIN"...mula la belajar pasal enjin kereta dan motor dan sistem di dalamnya sekaligus menyebabkan diri shoutul humaira terkesima buat seketika dek keghairahan belajar tajuk yang sungguh osem.



Apabila diri dilanda dilemma tahap gaban nie,shoutul humaira membuat keputusan untuk  menjerumuskan diri nie ke dalam aliran sains di menengah atas dan shoutul humaira tahu bahawa seorang jurutera perlu mempunyai asas-asas yang kuat dalam sains fizikal,matematik dan hal-hal yang berkaitan bahan kimia seterusnya memaksa diri ini untuk berjaga malam bagi memastikan diri ini senantiasa cemerlang dalam kedua-dua matapelajaran berikut.Sains fizikal memang susah di mana kita perlu menggabungkan sains dan matematik dan ilmu matematik perlu sempurna untuk meneruskan cita-cita yang menggunung ini.

Apabila masuk ke universiti yang tidak kurang hebat teknologinya,shoutul humaira menjadi tertarik terhadap subjek kimia dan fizik dek bidang yang ditempatkan adalah kejuruteraan kimia seterusnya menyebabkan shoutul humaira mendapat keputusan cemerlang bagi dua subjek di dalam semester pertama.Setelah berada di kolej tukang jahit,shoutul humaira baru tersedar bahawa seorang jurutera perlu memahirkan diri dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,perbentangan,kajian dan perlu mempunyai ciri2 kepimpinan yang osem.Subjek "pengiraan","bahan kimia" dan "sains fizikal" adalah amat penting untuk menjadi seorang jurutera.

Itu lah cerita aku,di University of British Columbia,aku bakal mengambil program Aplikasi Sains (kejuruteraan Asas) untuk tahun pertama...Kejuruteraan yang menarik minat aku adalah kejuruteraan kimia dan kejuruteraan mekanikal....kejuruteraan elektrikal pown boleh atau kalau nak maju lagi bleh amek Sarjana untuk kejuruteraan fizikal.Kejuruteraan biasanya kena ambek subjek 2 yang mencabar lagi menakutkan seperti Pergerakan Bendalir, Dinamika Haba, Kimia Fizikal, Kimia Organik, Persamaan Perkameran, Pengiraan, Lukisan Kejuruteraan, Sains Bahan, Program, C++, Maths Lab...huhu

Tahun ketiga dah ada Praktikal Kejuruteraan di mana shoutul humaira terpaksa menjadi seorang jurutera sementara bagi syarikat-syarikat di negara daun maple itu.Tahun keempat pulak kena buat thesis dan research bagi kejuruteraan.Jadi shoutul humaira perlu mencari satu masalah yang melanda masyarakat dunia dan melanda semua lapisan masyarakat pasa situasi sekarang di mana masalah ini sentiasa berlaku tanpa berlakunya perhentian.Shoutul humaira akan mengaplikasikan konsep kejuruteraan untuk melakar dan mencipta satu konsep atau alat atau bahan ataupun formula atau system atau proses untuk menyelesaikan masalah tersebut.Bila jadi jurutera bleh wat kajian lagi sambil mencipta formula-formula baru...hehe...tingginya cita-cita aku...mana la taw nanti ada “humaira’s constant, humaira’s theory, humaira’s principle or humaira’s law...hehe..InsyaAllah.

Kesimpulannya,doakan shoutul humaira agar berjaya menjadi seorang jurutera...




-shoutul humaira-1729-

No comments:

Post a Comment