Pages

Wednesday 31 August 2011

The University of British Columbia


Salam and Hi!

Bertemu kita lagi dalam rancangan Journey To The West tajaan UBC.Jom kita cita sal kampus UBC.Kampus Vancouver terletaknya yang kurang jauhnya iaitu sejam perjalanan bas dari Radisson Street.Tambang bas lebih kuang CAD2.50...tapi tkpa,kita pakai U-Pass je...kena update tiap2 bulan.Setelah tiba di kampus,kitaorg turun di UBC Loop Bay yang terletak lebih kurang 500 meter dari UBC Bookstore,depannya juga ada bangunan Student Union dan Aquatic Centre.Setelah tiba di UBC Bookstore kitaorg pown buat UBC Card dan U-Pass,student ramai betul sampai kena beratur panjang.



Setelah mendapatkan UBC Card,kitaorg pown pergi ikut abg A ke Bank of Montreal untuk bukak akaun bank.Saya dan kawan saya yang bernama F pown masuk ke pejabat pengurus bank tue untuk membuka akaun dan kitaorg pilih plan yang tiada riba...Ajaib sedangkan di Malaysia takde bank yang sifar riba.Setelah membuka akaun bank,kitaorg diberi kad debit yg lebih kurg cam kad ATM la cuma kad debit nie boleh guna untuk beli belah cam kad kredit.Setelah selesai urusannya dengan bank,kitaorg pown pergi naik bas 99 ke Broadway dari Village.Kitaorg ke kedai Fido untuk mendapatkan nombor telefon.hehehe.

Setelah itu,kitaorg pown ronda la kat Broadway sampai la petang.Kemudian kitaorg balik ke UBC singgah di Marine Drive untuk solat dan berbuka puasa dan seterusnya berhari raya.Kitaorg ke rumah mak cik XX di luar kampus,mak cik nie amek Phd di UBC,sesampai je,kitaorg terus solat Maghrib dan berjamu selera,sedap!!!Setelah itu berbual la sesama Melayu kan?haha...Setelah penat berhari raya,si S ikut kitaorg balik rumah di Radisson Street,seronok gak raya di Vancouver nie

-shoutul humaira-0703-


Tuesday 30 August 2011

Lapangan terbang Vancouver

Salam and Hi


     Bertemu kita lagi dalam rancangan Journey To The West tajaan UBC...masa kapten kapal memberi maklumat kepada para penumpang akan ketibaan kapal terbangnya di Vancouver,shoutul humaira berasa teruja kerna pemandangannya sungguh indah jika hendak dibandingkan dengan Malaysia.Pemandangan bandar Vancouver dihiasi gunung-ganang dan bandarnya merupakan sebuah bandar hijau yang amat menyejukkan mata memandang.setelah tibanya di lapangan terbang,shoutul humaira bersama rakan pown keluar dari kapal terbang domestik terus ke pusat pengambilan bagasi.Kemudian kitaorg keluar dari lapangan terbang untuk mencari seorg senior yang jugak asalnya dari pulau yang dipenuhi mutiara di Malaysia.

      Namun shoutul dan rakan dari Puchong gagal menghubungi senior tersebut lalu kitaorg cuba mencari beliau di seluruh pelusuk lapangan terbang,setelah sekian lama menunggu,kitaorg pown jumpa senior dan menunggu tuan rumah untuk mengambil shoutul dan rakan dan tuan rumah tersebut berasal dari Jakarta.Kktaorg pown angkat bagasi ke dalam kereta yang agak2 asing pada pandangan kitaorg.Tuan rumah mengajak kitorg ke rumah Konsulat General dan bertemu dengannya.Namanya Encik H juga berasal dari Kuala Lumpur dan kitaorg dijemput untuk hadir ke rumahnya untuk berhari raya.Shoutul juga jumpa dengan seorg budak UBC,namanya S ,anak seorg duta Malaysia di Sudan.Kemudian kitaorg diperkenalkan dengan 29th Avenue dan Radisson Street.

Setelah tibanya di rumah,kitaorg pown kemas barang sambil berbual dengan tuan rumah...penat owh..

-shoutul humaira-0046-

Sunday 28 August 2011

Sebuah lapangan untuk kapal yang boleh terbang di tempat berlumpur


Salam and Hi 


Dengan ini secara rasminya shoutul humaira mengisytiharkan diri sebagai sebahagian dari Kanada.Bertemu kita kembali dalam rancangan Journey To The West tajaan UBC.Kini shoutul berada di dalam bilik yang agak2 sejuk di Jalan Radisson. Jom cita macam mana shoutul sampai ke kanada. Di KLIA kitaorg bersama keluarga tiba lebih kurang pukul 4 petang.Punyalah teruja sehinggakan hilangnya logo 1Malaysia.Ayah punya la tertekan dek kehilangan logo tersebut lalu dengan kebijaksanaan cik mama,cik mama membeli logo yang baru sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Kemudian  ada la kakak JPA datang minta pelajar tajaan JPA untuk ke tempat menghantar bagasi kargo.shoutul apa lagi, angkut la dan yang bertuahnya shoutul menjadi org pertama di kaunter L16.Lepas tue jalan ngn cik mama dan encik papa di KLIA walaupun ada yang bercadang untuk pulang ke hotel.

Setelah berjalan ke hulu dan kehilir dan kami berehat menunggu waktu berbuka.Tetiba datang seorg kawan yang juga bakal berjuang di bumi daun maple dan timbul la pelbagai perbualan bersama ayah,shoutul dan kawan shoutul.Setelah berbuka di Restoran Ayam Goreng Kentucky,shoutul dan kawan pergi ke surau menunai solat Maghrib dan Isya'.Setelah berehat sehingga jarum jam tangan shoutul menunjukkan waktu berkumpulnya pelajar 2 JPA.Encik A memberi pesanan terakhir sebelum kitaorg terbang.Setelah mendapatkan tiket penerbangan dan pas terbang,kitaorg pown turun la sambil melambaikan tangan kepada cik mama,encik papa dan keluarga.Yang lawaknya shoutul tak menangis pown mcm dalam drama..haha..kitaorg pown terus menuju ke kastam bersama seorang rakan yang berasal dari Gombak dan seorg lagi dari Puchong...

Kitaorg pown tunggu la di Terminal 2 untuk penerbangan ke Frankfurt sambil bersembang dengan seorg kawan yang digelarkan sebagai Dato'.hehe.Setelah pintu pagar dibuka,staff MAS memberi peluang dahulu kepada golongan2 yang mempunyai tempat duduk kelas penerbangan dan bagi yang berkeluarga..selepas tue kitorg serbu la pintu pagar tue.Dalam kapal terbang saya duduk di tempat duduk tengah disebelah Alfie dan seorg kawan dari Bandar Tun Hussein Onn.Kitaorg teruja la sebab ada skrin tv di hadapan dan cuba untuk mengaktifkannya.Setelah kapten kapal memberi arahan untuk memakai tali pinggang keledar untu keselamatan,yang tinggal hanyalah bunyi enjin pesawat Boeing 747..tepat jam 12 malam,kitaorg pown terbang la.

Dalam perjalanan kawan yang berasal dari Gombak mengajak shoutul humaira untuk solat tarawih..huhu..saya apa lgi,terus tanya kakak pramugari tue la dan yang seronoknya kami diberi kebenaran solat di atas kapal terbang,punya la seronok sebab dapat solat tarawih sama2.Setelah terbitnya fajar kawan saya tue ajak saya berpuasa.Jadi secara keseluruhannya saya berpuasa selama 28 jam dek berlakunya perubahan zon waktu.Tibanya di Frankfurt,saya dan rakan-rakan ronda di sekitar lapangan terbang antarabangsa Frankfurt selama 4 jam dengan termasuknya pemeriksaan bagasi.Kemudian kitaorg naik Air Canada ke Toronto di mana perjalanan mengambil masa selama 9 jam.Huhu..

Setelah tibanya di Toronto,kitaorg diminta untuk membuat pemeriksaan kastam dan immigresen untuk dapatkan permit pelajar.Kitaorg ronda lebih kurang dua jam di Toronto sambil membeli makanan untuk berbuka puasa.Tidak lupa juga shoutul dan rakan menunaikan solat secara duduk di lapangan terbang.solat2.Apabila tibanya jam 4 petang kitaorg pown terbang ke Vancouver dan perjalanan mengambil masa 5 jam.Seronok jugak sebab dapat melihat Rocky Mountain...lawa2.Itulah perjalanan shoutul humaira ke KANADA...

-shoutul humaira-0657-Vancouver-

Tuesday 23 August 2011

Jalan Radisson


Salam and Hi!



          Bertemu kita lagi dalam rancangan Joumery To The West terbitan UBC.Aha..jom kita cerita sikit rumh yang bakal ditakluki Shoutul Humaira tak lama lagi.Rumah nie sejam dari UBC kalu nek bas yang slow tahap gaban..haha..mungkin sebab byk stesen bas kowt sebab tue sejam..klu nek kereta pun mungkin mengambil masa 1800 saat..sebab kereta kan cepat...Rumah nie bakal dikuasai oleh tiga orang jejaka yang lagi kool dan bergaya dari Malaysia,dua orang dari pulau yang banyak pokok pinangnya dan seorang lagi dari ceruk kuala yang bayak lumpurnya.Rumah yang kitaorang sewa adalah rumah bawah tanah,jadi ada la sikit pengalaman tidoq bawah tanah..tak la sejuk sangat.

Buat pengetahuan shoutul humaira yang bukannya maha mengetahui,rumah nie dikatakan telah dilengkapi dan dipenuhi dengan peralatan-peratalan penting termasuk lah adanya gelombang WIFI yang telah dimasukkan dalam akaun sewa rumah kitaorg.Jadi,senanglah sikit nak wat kajian ke,tesis ke kan.Yang penting mak cakap kalau nak hidup di bumi daun maple nie,kita kena pandai masak sebab kat sana makanan yang halal susah cari,terpaksa la shoutul humaira nie berlagak sebagai tukang masak yang agak2 osem masakannya.Lagipun tinggal di luar kampus agak osem dek kerna kewujudan saudara yang agak2 senior membantu dalam menyesuaikan diri dengan susana yang sejuk tahap membeku di hari krismas di mana suhunya mencecah 0 darjah selsius.

Mungkin jugak senang untuk melaksankan ibadah solat dan bacaan Al-Quran sebab kitaorg dah kuasai rumah itu,nak buat halaqoh pown senang.Rumah kitaorg pulak lebih kurang 300 saat dari masjid..senang la kalau nak solat jemaah dan hadiri kelas 2 agama..masjid nie jugak dijadikan pusat islam di Jalan Radisson dan Laluan Diraja.Laluan Diraja jugak dipenuhi dengan kedai-kedai manusia yang berketurunan Asia dan ia menyenangkan kami bertiga bagi mendapatkan rempah ratus untuk buat gulai.Rumah kitaorg jugak lebih kurang 1800 saat dari kota raya Vancouver dan lapangan terbang Vancouver yang terletak di persisiran pantai British Columbia yang berhadapan dengan Pulau Vancouver.

Itulah cita sal rumah saye..hehe

-shoutul humaira-1759-

Sunday 21 August 2011

Muslim brotherhood



The Believers are but a single Brotherhood: So make peace and reconciliation between your two (contending) brothers; and fear Allah, that ye may receive Mercy. [49:10]



Salam and Hi! Welcome back to shoutul humaira's channel Journey To The West by UBC and today let us discuss a little bit about the verse from sura' 49 verse 10 where Allah said that the believers but a single brotherhood which means that the believers are tied together by the muslim brotherhood,the brotherhood which is based on iman and taqwa regardless to any races and skin colours and for sure this religion is for all nations on earth. Islam has stopped all kind of race supremacy and any kind of discriminations to the other people as Allah said in Sura' 49 verse 13

 O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).[49:13]

God Al-Mighty has created each of living thing including humans from a single pair of male and female and He created his creations with full of variety and diversity that results to various nations and tribes so that humans have the opportunity to know each other, understand each culture and tradition. But Allah has stressed that the most honoured among his creations especially humans are the most righteous. So Islam has stopped any kind of discriminations and racism which are practised by the people before Islam. The people before Islam who had the spirit of assabiyyah or tribe supremacy and Allah said that the best are those of righteous, who do what God has told us to do and stay away from something that are forbidden by God.

          Therefore, let us reflect these two verses to our daily life whether we have applied it or not. Hopefully, we can get the message from these verses
-shoutul humaira-0017-

Saturday 20 August 2011

Kapal yang boleh terbang


Salam and Hi!

Apakah rancangan - rancangan osem shoutul humaira ketika di kapal terbang nanti?

Aktiviti 2 yang osem apa yang perlu dilaksanakan bagi mengisi kebosanan yang melampau dek perjalanan yang mengambil masa 35 jam? 

Bagaimana shoutul humaira nak laksanakan ibadah solat dan puasa bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini disamping seorang hamba kepada ILLah yang berkuasa?

Bagaimana hendak membuatkan diri ini sedar akan kemasukan waktu solat dan waktu berbuka puasa yang tidak menentu di atas kapal yang boleh terbang?

Apakah buku-buku ilmiah yang akan dibaca dan dibelek sehingga lumat ketika dalam perjalanan nanti?

Bagaimana hendak berwuduk di dalam kapal yang boleh terbang?

Solat?

-shoutul humaira-1746-






Thursday 18 August 2011

Metal


Salam and Hi!

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم: “الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا”.
  صحيح البخاري


"People are like metals, they are elected they are selected during the jahiliyyah in Islam, if they understand "

  

Ok! Greetings from me shoutul humaira and welcome to our channel of Journey to the West and today lets us talk about Iron the mentioned hadith. The hadith told us that humans are like the iron in which could be shaped and turned to other kind of things and if we shape it according to the Islamic teaching,  humans will turns to be among those who understand and expert in their religion.

For example, we know that Allah chooses the people that He wants and sometimes He chooses those who are lack of their understanding of religion as we know that hidayah and guidance are only come from Him alone even our Holy Prophet could not turn his uncle, Abu Talib to Islam and so do us. The chosen people would be given the opportunity to understand the religion as mentioned in the hadith.

Back to our Islamic history during the time of our Holy Prophet, we have seen the amazing way of how the companions of the prophet had turned to Islam and how they used their own expertise to champion the Islamic religion. Abu Bakr had used his position, power and wealth for Jihad like how he freed Bilal from being a servant to be an independent person. We could see how Umar had applied his old enemy that was his vigorous temper to prevail Islam and be strict and stern to those who opposed Islam and also had ensured this religion to be respected among those who disbelieved. Apart from that, Uthman Bin Affan had spent his wealth for sabillillah and his position who are highly respected among Bani Umayyah to Islam and how Ali Bin Abu Talib used his ability to memorize and be among the author of the Qura’nic Revelations. Same goes to Abdul Rahman Bin Auf, Saad Bin Abi Waqas, Talhah Bin Ubaidillah, Zubair Bin Awwam, Abu Ubaidah Bin Jarrah and the others

Other than that, we could see the other companions who were appointed by our Holy Prophet to be the dai’e like Mus’ab Bin Umair who was sent to Medina to do da’wah to the people of Medina which was consisted of the tribe of Aus and Khazraj and we could see the result of Muslim brotherhood where Islam had connected these two nemesis to be one as Ansar which was tightened by Islamic brotherhood itself. Abu Zar Al- Ghifari was the leader of the tribe of Bani Ghiffar and he was hit badly by the people of Mecca three times when he announced himself as a muslim in front of Ka’abah. When he was finally defended by the other companions of Prophet, he went back to his tribe and managed to convert all members of Ghiffar tribe to Islam and later he had brought a caravan of Bani Ghiffar to Medina after Hegira as he used his authority as a leader to prevail Islam throughout his community. Same goes to Abdullah Bin Mas’ud who used his beautiful voice by reciting Koran in front of the people of Mecca although he was hit and scolded badly by them.

So, shoutul humaira would like to invite everyone who read this post to be like the companion of the prophet who used their own talent and expertise to prevail Islam to the community and of course to the whole world.

-Shoutul humaira-0734-

Persediaan

Salam and Hi!



Bertemu kita lagi dalam rancangan Journey To The West terbitan UBC...sekarang nie shoutul humaira nak senaraikan barang yang perlu dibawa ke kanada

1)Masa bertolak : Dua pasang cermin mata,Tali leher,Blazer,Baju kemeja 
                             putih,Seluar slack,kasut hitam,tali pinggang,jam tangan

2)Bagasi bimbit :  Dokumen - dokumen penting,Komputer Riba dan
                             Pengecasnya,Kamera digital dan 
                             pengecasnya,telefon bimbit dan 
                             pengecasnya,Headphone,Handsfree,Sebuah buku untuk di 
                             baca ( bahasa inggeris dan bukan
                             fiksi),dompet,converter,torchlight

3)Masa dalam penerbangan :      Tuala,ubat gigi,berus gigi,deoderant,sikat,minyak  
                                                     wangi
4) Di Universiti :   14 helai baju,14 helai seluar,Jaket,baju sejuk, mafla,sarung
                             tangan,kasut kalis air,seluar     
                             jeans,payung,baju sukan,seluar sukan,kasut sukan,songkok,kain  
                             pelikat,baju 
                             melayu,hanger,slipper,Al-Quran,Mathurat,Hadith 40,note
                             book,pen,USB,mouse


- shoutul humaira-2143-

Tuesday 16 August 2011

Hearts

Keep our hearts away from the evilness




On the authority of Abu 'Abdullah al-Nu'man bin Bashir, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Truly, what is lawful is evident, and what is unlawful is evident, and in between the two are matters which are doubtful which many people do not know. He who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his flock round a preserve will soon pasture them in it. Beware, every king has a preserve, and the things Allah has declared unlawful are His preserves. Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart."

[Hadis Bukhari and Muslim] 



shoutul humaira - 0715 -

Monday 15 August 2011

Kejuruteraan


Salam and Hi!

Bertemu kita lagi dalam rancangan “Journey To The West” terbitan UBC...ye..apa pulak tajuk yang menjadi debaran anda semua kali ini?ya itu la kejuruteraan.Nak cita sedikit mcm man bleh diri shoutul humaira yang cool lagi bergaya nie bleh terjebak dalam kejuruteraan nie...kisahnya bermula pada zaman di mana shoutul humaira belum lagi mengenal dunia dan masih lagi budak hingusan di bawah jagaan cik mama dan encik papa.




Kisahnya yang osem nie bermula masa tahun ketiga di sekolah menengah yang tidak kurang popularnya di mana ada satu kelas yang dikendalikan oleh seorang cikgu lelaki yang agak2 hensem mengajar subjek yang mengajak para pelajar untuk mahir di dalam kehidupannya.Ada satu tajuk yang agak2 best di mana tajuk nie menjadi pencetus kepada minat shoutul humaira untuk menyelami bidang kejuruteraan nie.Tajuk itu adalah "ENJIN"...mula la belajar pasal enjin kereta dan motor dan sistem di dalamnya sekaligus menyebabkan diri shoutul humaira terkesima buat seketika dek keghairahan belajar tajuk yang sungguh osem.



Apabila diri dilanda dilemma tahap gaban nie,shoutul humaira membuat keputusan untuk  menjerumuskan diri nie ke dalam aliran sains di menengah atas dan shoutul humaira tahu bahawa seorang jurutera perlu mempunyai asas-asas yang kuat dalam sains fizikal,matematik dan hal-hal yang berkaitan bahan kimia seterusnya memaksa diri ini untuk berjaga malam bagi memastikan diri ini senantiasa cemerlang dalam kedua-dua matapelajaran berikut.Sains fizikal memang susah di mana kita perlu menggabungkan sains dan matematik dan ilmu matematik perlu sempurna untuk meneruskan cita-cita yang menggunung ini.

Apabila masuk ke universiti yang tidak kurang hebat teknologinya,shoutul humaira menjadi tertarik terhadap subjek kimia dan fizik dek bidang yang ditempatkan adalah kejuruteraan kimia seterusnya menyebabkan shoutul humaira mendapat keputusan cemerlang bagi dua subjek di dalam semester pertama.Setelah berada di kolej tukang jahit,shoutul humaira baru tersedar bahawa seorang jurutera perlu memahirkan diri dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,perbentangan,kajian dan perlu mempunyai ciri2 kepimpinan yang osem.Subjek "pengiraan","bahan kimia" dan "sains fizikal" adalah amat penting untuk menjadi seorang jurutera.

Itu lah cerita aku,di University of British Columbia,aku bakal mengambil program Aplikasi Sains (kejuruteraan Asas) untuk tahun pertama...Kejuruteraan yang menarik minat aku adalah kejuruteraan kimia dan kejuruteraan mekanikal....kejuruteraan elektrikal pown boleh atau kalau nak maju lagi bleh amek Sarjana untuk kejuruteraan fizikal.Kejuruteraan biasanya kena ambek subjek 2 yang mencabar lagi menakutkan seperti Pergerakan Bendalir, Dinamika Haba, Kimia Fizikal, Kimia Organik, Persamaan Perkameran, Pengiraan, Lukisan Kejuruteraan, Sains Bahan, Program, C++, Maths Lab...huhu

Tahun ketiga dah ada Praktikal Kejuruteraan di mana shoutul humaira terpaksa menjadi seorang jurutera sementara bagi syarikat-syarikat di negara daun maple itu.Tahun keempat pulak kena buat thesis dan research bagi kejuruteraan.Jadi shoutul humaira perlu mencari satu masalah yang melanda masyarakat dunia dan melanda semua lapisan masyarakat pasa situasi sekarang di mana masalah ini sentiasa berlaku tanpa berlakunya perhentian.Shoutul humaira akan mengaplikasikan konsep kejuruteraan untuk melakar dan mencipta satu konsep atau alat atau bahan ataupun formula atau system atau proses untuk menyelesaikan masalah tersebut.Bila jadi jurutera bleh wat kajian lagi sambil mencipta formula-formula baru...hehe...tingginya cita-cita aku...mana la taw nanti ada “humaira’s constant, humaira’s theory, humaira’s principle or humaira’s law...hehe..InsyaAllah.

Kesimpulannya,doakan shoutul humaira agar berjaya menjadi seorang jurutera...




-shoutul humaira-1729-

Sunday 14 August 2011

Beautiful Pattern



 Ye have indeed in the Messenger of Allah a beautiful pattern (of conduct) for any one whose hope is in Allah and the Final Day, and who engages much in the Praise of Allah.”[33:21]



Salam and Hi!

Good afternoon everyone and greeting from me shoutul humaira and thank you very much for being with me again.Today lets talk about a verse from Sura Al-Ahzab verse 21 where Allah said that his true Messenger our Holy Prophet Muhammad S.A.W is a beautiful pattern as he is being declared by Allah as his Last Messenger and was bounded to send the Message from God himself.After all, Muhammad should become our only role model in our life due his perfection and that is the reason why Muhammad was rated as the most influential person throughout history through his successful life and his fight for Islam which is a religion that covers everything including politics,economy and social.

Rasulullah was rated as the most influential person throughout history while Newtons and Jesus Christ was rated by number 2 and number 3.The research which is made by a Westerner brought massive impact to the expectations of non-Muslims throughout the world especially after the tragedy of World Trade Center as people tried to find out what Islam it is?What is actually the religion of Islam and is it true that Islam is a religion of terrorism while the number of those who convert to Islam is increasing year by year.As a Muslim, one is given guidance by Allah thought the Holy Koran and the sunnah of the Prophet and this sunnah should be notified by each Muslim so that they could follow the way of the best role model on Earth.

For those who follow the model of Rasulullah, they are promised by Allah to be with part of those who are victorious and the model Rasulullah is contradictions to innovations and that is the reason why the muslims are advised to be far away from innovations of religion because Rasulullah had never taught his companions other than the revelation of Allah.The biggest sunnah of the prophet is da'wah in which each Messeger of Allah is responsible to prevail The Message to their own tribes including Rasulullah who is the last Messeger and his Message is for all nations on Earth till the end of the day.

So,the message for this post is to follow the sunnah and model of our Holy Prophet and shoutul humaira summons everyone of us to make Rasulullah as their only role model for their goodness in their life and the Hereafter.

-Shoutul Humaira-1613-

Saturday 13 August 2011

University of British Columbia

Salam and Hi!

          Ok!!  berjumpa lagi dalam rancangan journey to the west yang memang2 sempoi ala2 Dragon Ball.Sekarang nak paparkan gambar2 di British Columbia.






                           Ini gambar pusat sumber maklumat UBC




    Ini plak gambar bandar perlabuhan Vancouver (downtown)





Ini scenery terbaik dari ladang..haha kat British Columbia




Inilah universiti yang bakal shoutul humaira meneruskan perjuangan 

-shoutul humaira-0156-



Strength




Salam and Hi!

Greetings to you guys from me, Shoutul Humaira with full of blessing and forgiveness from Al-Mighty God for giving me opportunity to express my ideas and thoughts that can benefit everyone of us in this world and the Hereafter.The topic of today will be "Strength",just a simple topic with a lot of meanings behind it.What does it means by "Strength" from my own perspective?How to gain the inner strength that can provide you the inner peace and calmness even you are in the worst situation of your life.

We can reflect this topic to the historical point of view where we can see how Islamic civilization was built on.How the strength came from God himself that made them to be the greatest empire of the world for nearly eight hundred years.This great empire was built initially from Rasulullah's time when he managed to educate his companions with Tarbiyyah Islamiyyah that built up the individual muslims,those have their own kind of strength given by Al-Mighty God.What was their formula of strength?Individual muslims led to Baitul Muslim where the Muslims parents managed to educate their children with the true tarbiyyah of Islam and Baitul Muslim led to Islamic society in which all of these happened when he was still at Mecca until he succeeded to formed a Muslim nation at Medina due to the orders made by God himself.

Then came the age of Khulafa Rasyidin where Islam was viewed as an Islamic kingdom led by four Khulafa of Rasyidin and after the death of Khalifah Ali,it becomes the Empire of Umayyad and later be an ustaziyatul alam during the time of Abbasid Empire.Islam was prevailed throughout the world and formed many empires like Umayyad empire in Spain,Fatimid Empire in Egypt,Seljuk and Turkish Empire in Turkey,Malacca empire in Southeast Asia,Aceh Empire in Sumatra,Demak Empire in Java and Moghul Empire in India.How could the Islamic region could be so powerful?How did they get all of these strength?

We must go back to the story of Rasulullah when he was ordered by Allah to begin preaching about the Kingdom of God.The answer for everything is in Sura 73 verse 1 and 2

 "O thou folded in garments!. Stand (to prayer) by night, but not all night"[73:1-2]








-shoutul humaira-1629-


Friday 12 August 2011

Kolej Tukang Jahit

Salam and Hi!
        bertemu kita kembali dalam rancangan "Journey To The West" anjuran UBC hehe...ha nak cita pa plak memalam nie.ok hari ni nak kongsi sikit tentang kolej yang osem di sebuah bandar yang tidak kurang jayanya  yang tak lain tak bukan kolej tukang jahit.Kolej yang membawa kenangan yang menggunung kepada shoutul humaira untuk dikenangi walaupun ade juga kenangan yang agak2 pahit dek sikap diri ini yang lain dari yang lain atau bak kata omputih "extraordinary"..hehe.

       Kolej Tukang Jahit?why tukang jahit?atau dalam bahasa omputihnya "Taylor's"actually shoutul humaira pun tak tahu sejarah asal namanya disebabkan oleh paksaan kuasa veto KERAJAAN terpaksa la shoutul humaira masuk kolej nie demi mempersiapkan segala kekuatan dan persediaan demi melangkah diri ke dunia baru atau lebih dikenali dalam cita Dragon Ball "Planet Saiyan"haha...

       Di Taylor's,Shoutul Humaira amek subjek "Fungsi Tinggi" yang dikendali oleh seorang cikgu yang cool lagi bergaya.Nama beliau adalah Miss Foo yang sungguh strict dalam sistem pemarkahan beliau dek kasih sayang beliau yang tidak terhingga terhadap anak-anak muridnya.Subjek yang megendalikan bahan-bahan kimia plak menjadi feveret shoutul humaira disebabkan oleh sebab2 yang tidak boleh dielakkan.Mungkin nak jadi engineer punya pasal,kena terer dalam subjek kimia la sebab nanti ijazah nanti ada subjek "Sains Bahan".

       Kelas "Perniagaan Antarabangsa" pulak adalah kelas yang paling riang dek kerna kekurangan pelajar tajaan yang skema yang amat.Kelas nie dikendalikan oleh Miss Sandra Hacker yang cun lagi bergaya mengalahkan Miley Cyrus..Hahaha...English 3U plak dikendalikan oleh seorang guru yang mempunyai MISSION yang tinggi melalui pengalaman beliau yang luas dalam bidang critical thinking yang membuat otakku berfikir panjang mengenai sesuatu perspektif yang kengkadang aku je cipta perspektif aku sendiri.

           Sem dua menerpa diriku dengan cabaran berbukit serta menggunung di mana terdapat dua projek besar dalam sem dua nie iaitu Rube Goldberg Project dan Calculus Building Model.Dengan kerjasama dari kengkawan dari Gombak dan Bangi,akhir Shoutul Humaira berjaya menyiapkan projek nie dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan yang menerpa dek kekangan masa yang melampau.Subjek "Pengajian Islam" plak sungguh osem berdasarkan kumpulan shoutul humaira di mana shoutul humaira bertindak sebgai seorang ketua yang arif lagi bijaksana mengendalikan kajian terhadap Sultan Muhammad Al- Fateh dan kajian ini membuka minda shoutul humaira untuk berjuang habis-habisan menjadi seorang "khalifa"di muka bumi ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa ini.

          "Kelas Pengajian Malaysia" plak disi dengan perbahasan 2 politik yang menarik ditambahkan lagi bersama-sama scholars2 yang lantang bersuara mengeluarkan pendapat terhadap isu2 politik negara."Bahasa Inggeris Untuk Universiti " merupakan kelas yang terlebih riang di mana shoutul humaira bertindak sebagai seorang ketua kumpulan bagi mengendalikan beberapa projek seperti "Analisa Lagu","Permainan Papan" dan menjadi tuan pengarah bagi filem pendek cita seorang putera mahkota Denmark.

apa macam cita shoutul humira?ada best?ini lah kisah aku di kolej tukang jahit....segala kenangan akan kekal di hati ini buat selama-lamanya

-shoutul humaira-0108-

Thursday 11 August 2011

Tak kenal maka taaruf

Salam and Hi!

        Nama yang diberi seperti yang tertera dalam kad pengenalan yang bernombor  xxxxxx075775 adalah xxxxxxxx xxxxxx Bin xxxx xxxxx.Haha kan senang.hehe.Nama pena adalah shoutul humaira yang membawa maksud Suara Kemerah-Merahan.entah la camna bleh terminat warna merah nie.Asal dari Penang,saya nie memang anak jati  pulau pinang sebab mak ngn ayah pown asal penang jadi tiap2 tahun pagi raya baru balik kampung.Dilahirkan oleh seorg guru yang osem yang mengajar di salah sebuah sekolah di Penang manakala ayah pulak adalah seorg engineer yang awesome di syarikat yang agak terkemuka di dunia yang fana nie.dibesarkan di kawasan yang tak terlalu kampung dan tak terlalu bandar dan menerima pendidikan yang sewajarnya dari kedua-dua ibu bapa dan guru-guru yang style di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.Mempunyai lima org adik yang membawa maksud bahawa shoutul humaira nie adalah anak sulung yang terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh kedua-dua orang tuanya.

       Shoutul humaira bersekolah di sekolah yang berada di dalam kawasan yang agak2 kampung yang dikenali dengan nama femesnya Permatang xxxxxx.dari darjah satu lagi diberi keistimewaan oleh Allah dengan kurniaan otak yang agak power..haha...puji diri sendiri lak dya.lepas dapat 5 A masuk plak sekolah yang agak2 popular di Pulau Pinang walaupun dipaksa olek cik mama dan encik papa sedangkan berhajat untuk masuk SBP.huhu..TAKDIR!!!masuk je sekolah menengah tetiba susasana menjadi lain..para pelajar menunjukkan gaya mereka yang lebih kurang bersopan santun tanpa memahami erti sopan santun dengan kata yang sebenarnya..haha..aku pown jadi sopan santun la dek suasana yang mempengaruhi jiwaku yang satu ini.Dek suasana yang penuh sopan santun membuat ku berjaya mencemerlangkan diriku ini yang pada asalnya kurang cemerlang sehingga berjaya merangkul pingat 9A dalam PMR.Rezeki datang bergolek2 apabila mendapat tawaran ke sekolah yang agak2 terkenal di tanah air terchenta nie...dilemma di dalam diri terus menghantui kehidupanku ketika waktu itu sehingga diriku membuat keputusan untuk stay saja..hehe... sejurusnya mengambil aliran sains sungguh mencabar kesabaran ku yang tak dapat kukawal.

       Kehidupan di sekolah memang berbeza dengan IPT.mendapat tawaran ke universiti yang tak kurang hebat teknologinya di samping biasiswa yang cukup mencairkan sesiapa yang mendapatnya.Diberi amanah oleh sponsor untuk belajar rajin 2 dalam bidang kejuruteraan kimia.Minatku bertambah mendalam terhadap bidang ini sehinggakan result SPM kluar membuatkan aku agak femes dalam kalangan junior2 aku ..haha...pihak KERAJAAN amat mencemburui result aku sehinggakan aku dipanggil menghadap mahkamah Persekutuan JPA...aku disoal siasat oleh pihak yang agak2 bertanggungjawab walaupun pernah disoal siasat oleh  sponsor2 yang terdahulu..aku pown dibebaskan setelah didapati tak bersalah dan diberi pampasan berupa biasiswa persekutuan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.Aku juga dinobatkan sebagai Pelajar xxxxxxx dan dimasukkan ke kolej tukang jahit.Kehidupan ku semakin pulih walaupun still trauma dek dibicarakan di mahkamah JPA dan aku berjaya menyesuaikan diri di persekitaran yang baru lagi osem nie walaupun keadaan sosialnya yang agak kritikal.Setahun sudah ku menunggu hari graduasi yang baru berlalu sebulan lepas di mana aku mencatat keputusan yang agak2 cemerlang xx% dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke University of British Columbia.

         Pencapaian ku setakat nie Alhamdulillah...5A,9A,11A dan 90% di kolej tukang jahit.Shoutul Humaira adalah seorang sangunis popular yang banyak cakap walaupun agak senyap pada mulanya.Mengenal tarbiyyah di Universiti Tarbiyyah Pendakwah dibawah kelolaan shoutul ikhwah dan menyambung delegasi di kolej tukang jahir oleh seorang professor yang berasal dari negara org putih.Amat tersentuh dengan ISK..Ini Sungguh Karut?eh2 bukan....dan tulisan perjuangan seperti Shadatul Haq dan Wahai Pemuda.Seorang yang aktif lagi adventurous dan berminat untuk bermain gitar besama rakan-rakannya.Seorang yang berfikiran yang agak kritikal tahap gaban..haha...seorang yang penyayang yang amat menyayangi ikhwah-ikhwahnya.teringat surah 49 ayat 10."Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"Layan movie gak demi memahami jalan cerita  dan suka mengkaji filem2 tempatan mahupun antarabangsa...Lagu?Al-Quran la letak first...Surah 43 ayat 36...Maher Zain pun layan gak sehinggakan mengalir ayer mata dek kemasukan habuk yang melampau..hehe takde la.Suka menunggang motor dengan kelajuan yang osem di lebih raya hehe....motor aku..haha

       Inilah kisah ku..aha..dah kenal?klu tak kenal lagi..buat 2 kenal suda...ok2..jumpa lagi..salam


-shoutul humaira-