Pages

Friday 12 August 2011

Kolej Tukang Jahit

Salam and Hi!
        bertemu kita kembali dalam rancangan "Journey To The West" anjuran UBC hehe...ha nak cita pa plak memalam nie.ok hari ni nak kongsi sikit tentang kolej yang osem di sebuah bandar yang tidak kurang jayanya  yang tak lain tak bukan kolej tukang jahit.Kolej yang membawa kenangan yang menggunung kepada shoutul humaira untuk dikenangi walaupun ade juga kenangan yang agak2 pahit dek sikap diri ini yang lain dari yang lain atau bak kata omputih "extraordinary"..hehe.

       Kolej Tukang Jahit?why tukang jahit?atau dalam bahasa omputihnya "Taylor's"actually shoutul humaira pun tak tahu sejarah asal namanya disebabkan oleh paksaan kuasa veto KERAJAAN terpaksa la shoutul humaira masuk kolej nie demi mempersiapkan segala kekuatan dan persediaan demi melangkah diri ke dunia baru atau lebih dikenali dalam cita Dragon Ball "Planet Saiyan"haha...

       Di Taylor's,Shoutul Humaira amek subjek "Fungsi Tinggi" yang dikendali oleh seorang cikgu yang cool lagi bergaya.Nama beliau adalah Miss Foo yang sungguh strict dalam sistem pemarkahan beliau dek kasih sayang beliau yang tidak terhingga terhadap anak-anak muridnya.Subjek yang megendalikan bahan-bahan kimia plak menjadi feveret shoutul humaira disebabkan oleh sebab2 yang tidak boleh dielakkan.Mungkin nak jadi engineer punya pasal,kena terer dalam subjek kimia la sebab nanti ijazah nanti ada subjek "Sains Bahan".

       Kelas "Perniagaan Antarabangsa" pulak adalah kelas yang paling riang dek kerna kekurangan pelajar tajaan yang skema yang amat.Kelas nie dikendalikan oleh Miss Sandra Hacker yang cun lagi bergaya mengalahkan Miley Cyrus..Hahaha...English 3U plak dikendalikan oleh seorang guru yang mempunyai MISSION yang tinggi melalui pengalaman beliau yang luas dalam bidang critical thinking yang membuat otakku berfikir panjang mengenai sesuatu perspektif yang kengkadang aku je cipta perspektif aku sendiri.

           Sem dua menerpa diriku dengan cabaran berbukit serta menggunung di mana terdapat dua projek besar dalam sem dua nie iaitu Rube Goldberg Project dan Calculus Building Model.Dengan kerjasama dari kengkawan dari Gombak dan Bangi,akhir Shoutul Humaira berjaya menyiapkan projek nie dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan yang menerpa dek kekangan masa yang melampau.Subjek "Pengajian Islam" plak sungguh osem berdasarkan kumpulan shoutul humaira di mana shoutul humaira bertindak sebgai seorang ketua yang arif lagi bijaksana mengendalikan kajian terhadap Sultan Muhammad Al- Fateh dan kajian ini membuka minda shoutul humaira untuk berjuang habis-habisan menjadi seorang "khalifa"di muka bumi ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa ini.

          "Kelas Pengajian Malaysia" plak disi dengan perbahasan 2 politik yang menarik ditambahkan lagi bersama-sama scholars2 yang lantang bersuara mengeluarkan pendapat terhadap isu2 politik negara."Bahasa Inggeris Untuk Universiti " merupakan kelas yang terlebih riang di mana shoutul humaira bertindak sebagai seorang ketua kumpulan bagi mengendalikan beberapa projek seperti "Analisa Lagu","Permainan Papan" dan menjadi tuan pengarah bagi filem pendek cita seorang putera mahkota Denmark.

apa macam cita shoutul humira?ada best?ini lah kisah aku di kolej tukang jahit....segala kenangan akan kekal di hati ini buat selama-lamanya

-shoutul humaira-0108-

No comments:

Post a Comment