Pages

Tuesday 11 October 2011

We are the Engineers of UBC



Salam and Hi


Lamanye shoutul tak blogging..huhu..bukan apa,shoutul sibuk nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru yang agak mencabar tahap gaban nie..huhu..biasa la tempat orang kena la kita sesuaikan diri dulu untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Masa pulak menjadi begitu penting sama ada luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran,membuat kerja rumah ataupun berehat,maksudnya tidur la..hehe..Shoutul pulak pelajar jurusan kejuruteraan,mestila sibuk sikit tetambah berada di salah sebuah universiti yang agak2 popular di dunia nie,memang semua susah la,mana ada yang senang...Kejuruteraan? Semuanya pasal mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sama ada masalah yang berkaitan kejuruteraan ataupun mmewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dari semua aspek kehidupan dan jurutera mempunyai tanggungjawab untuk merealisasikan impian tersebut. Sekarang shoutul sudah belajar pasal Pergerakan Bendalir dan Termadinamika...huhu..best2..tapi jalan penyelesaiannya meliputi dua muka surat la jawabnya.
Tajuk kinetik,mass - energy balance haruslah dikuasai sebab tu la asas kepada kejuruteraan.Seorang jurutera juga diajar berkenaan teknologi yang sesuai dengan masyarakat meliputi keselamatan, budaya, etika, agama dan amalan masyarakat setempat demi menjaga keharmonian masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza.Perniagaan? Kebanyakan jurutera akan terlibat dengan perniagaan seperti sebagai seorang jurutera yang mewakili syarikat -syarikat besar di mana jurutera perlu berinteraksi dengan clients, stakeholders dan para pekerja syarikat yang lain.Matematik? haha... konsep differentiation dan integration daripada kalkulus menjadi tunjang kepada jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Algebra,Fungsi,Trigonometri dan limit haruslah berada dalam genggaman bagi seseorang jurutera. Komputer pulak dijadikan sebagai alat kepada seorang jurutera untuk memasukkan input yang agak2 komplikated untuk mendapatkan output yang lebih simple dan programming adalah satu asas kepada penyelesaian untuk masalah yang kompleks. Bahasa C adalah bahasa komputer yang perlu shoutul belajar..huhu..tension.

-shoutul humaira-2349-   

No comments:

Post a Comment