Pages

Tuesday, 18 October 2011

For The Rest of My Life


 

 Selalu dengar lagu nie kalau tension 2 study

- shoutul-humaira-2128-

Sunday, 16 October 2011

Pascal Triangle Programme


#include <stdio.h>
#include <stdlib.h>
#include <math.h>

#define MINROWS 1
#define MAXROWS 12

int getInputInRange(int,int);
int n_choose_r(int,int);
int factorial(int);
void printRow (int);

int main ( void )
{
int row = 0;
int numRows;
numRows = getInputInRange(MINROWS,MAXROWS);

while(row<numRows)
{
printRow(row);
printf("\n");
row++;
}
system("Pause");
return 0;
}

int getInputInRange(int min,int max)
{
int userInput;
printf("Please enter the integer value between %d and %d\n",min,max);
scanf_s("%d",&userInput);

while(userInput<min||userInput>max)
{
printf("Error:The integer value is not in the expected range\n\n");
printf("Please enter the integer value between %d and %d\n",min,max);
scanf_s("%d",&userInput);
}
return userInput;
}

void printRow(int rowNums)
{
int position = 0;
int coefficient;
while ( position <= rowNums)
{
coefficient = n_choose_r(rowNums,position);
printf("%d 4i",coefficient);
position++;
}
}

int n_choose_r(int n,int r)
{
int c;
c = factorial(n)/factorial(r)*factorial(n-r);
return c;
}

int factorial(int num)
{
int fact = 1;
while ( num > 1 )
{
fact*=num;
num --;
}
return fact;

}


- shoutul-humaira - 1649- 

Tuesday, 11 October 2011

We are the Engineers of UBC



Salam and Hi


Lamanye shoutul tak blogging..huhu..bukan apa,shoutul sibuk nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru yang agak mencabar tahap gaban nie..huhu..biasa la tempat orang kena la kita sesuaikan diri dulu untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Masa pulak menjadi begitu penting sama ada luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran,membuat kerja rumah ataupun berehat,maksudnya tidur la..hehe..Shoutul pulak pelajar jurusan kejuruteraan,mestila sibuk sikit tetambah berada di salah sebuah universiti yang agak2 popular di dunia nie,memang semua susah la,mana ada yang senang...Kejuruteraan? Semuanya pasal mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sama ada masalah yang berkaitan kejuruteraan ataupun mmewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dari semua aspek kehidupan dan jurutera mempunyai tanggungjawab untuk merealisasikan impian tersebut. Sekarang shoutul sudah belajar pasal Pergerakan Bendalir dan Termadinamika...huhu..best2..tapi jalan penyelesaiannya meliputi dua muka surat la jawabnya.
Tajuk kinetik,mass - energy balance haruslah dikuasai sebab tu la asas kepada kejuruteraan.Seorang jurutera juga diajar berkenaan teknologi yang sesuai dengan masyarakat meliputi keselamatan, budaya, etika, agama dan amalan masyarakat setempat demi menjaga keharmonian masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza.Perniagaan? Kebanyakan jurutera akan terlibat dengan perniagaan seperti sebagai seorang jurutera yang mewakili syarikat -syarikat besar di mana jurutera perlu berinteraksi dengan clients, stakeholders dan para pekerja syarikat yang lain.Matematik? haha... konsep differentiation dan integration daripada kalkulus menjadi tunjang kepada jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Algebra,Fungsi,Trigonometri dan limit haruslah berada dalam genggaman bagi seseorang jurutera. Komputer pulak dijadikan sebagai alat kepada seorang jurutera untuk memasukkan input yang agak2 komplikated untuk mendapatkan output yang lebih simple dan programming adalah satu asas kepada penyelesaian untuk masalah yang kompleks. Bahasa C adalah bahasa komputer yang perlu shoutul belajar..huhu..tension.

-shoutul humaira-2349-   

Wednesday, 31 August 2011

The University of British Columbia


Salam and Hi!

Bertemu kita lagi dalam rancangan Journey To The West tajaan UBC.Jom kita cita sal kampus UBC.Kampus Vancouver terletaknya yang kurang jauhnya iaitu sejam perjalanan bas dari Radisson Street.Tambang bas lebih kuang CAD2.50...tapi tkpa,kita pakai U-Pass je...kena update tiap2 bulan.Setelah tiba di kampus,kitaorg turun di UBC Loop Bay yang terletak lebih kurang 500 meter dari UBC Bookstore,depannya juga ada bangunan Student Union dan Aquatic Centre.Setelah tiba di UBC Bookstore kitaorg pown buat UBC Card dan U-Pass,student ramai betul sampai kena beratur panjang.



Setelah mendapatkan UBC Card,kitaorg pown pergi ikut abg A ke Bank of Montreal untuk bukak akaun bank.Saya dan kawan saya yang bernama F pown masuk ke pejabat pengurus bank tue untuk membuka akaun dan kitaorg pilih plan yang tiada riba...Ajaib sedangkan di Malaysia takde bank yang sifar riba.Setelah membuka akaun bank,kitaorg diberi kad debit yg lebih kurg cam kad ATM la cuma kad debit nie boleh guna untuk beli belah cam kad kredit.Setelah selesai urusannya dengan bank,kitaorg pown pergi naik bas 99 ke Broadway dari Village.Kitaorg ke kedai Fido untuk mendapatkan nombor telefon.hehehe.

Setelah itu,kitaorg pown ronda la kat Broadway sampai la petang.Kemudian kitaorg balik ke UBC singgah di Marine Drive untuk solat dan berbuka puasa dan seterusnya berhari raya.Kitaorg ke rumah mak cik XX di luar kampus,mak cik nie amek Phd di UBC,sesampai je,kitaorg terus solat Maghrib dan berjamu selera,sedap!!!Setelah itu berbual la sesama Melayu kan?haha...Setelah penat berhari raya,si S ikut kitaorg balik rumah di Radisson Street,seronok gak raya di Vancouver nie

-shoutul humaira-0703-


Tuesday, 30 August 2011

Lapangan terbang Vancouver

Salam and Hi


     Bertemu kita lagi dalam rancangan Journey To The West tajaan UBC...masa kapten kapal memberi maklumat kepada para penumpang akan ketibaan kapal terbangnya di Vancouver,shoutul humaira berasa teruja kerna pemandangannya sungguh indah jika hendak dibandingkan dengan Malaysia.Pemandangan bandar Vancouver dihiasi gunung-ganang dan bandarnya merupakan sebuah bandar hijau yang amat menyejukkan mata memandang.setelah tibanya di lapangan terbang,shoutul humaira bersama rakan pown keluar dari kapal terbang domestik terus ke pusat pengambilan bagasi.Kemudian kitaorg keluar dari lapangan terbang untuk mencari seorg senior yang jugak asalnya dari pulau yang dipenuhi mutiara di Malaysia.

      Namun shoutul dan rakan dari Puchong gagal menghubungi senior tersebut lalu kitaorg cuba mencari beliau di seluruh pelusuk lapangan terbang,setelah sekian lama menunggu,kitaorg pown jumpa senior dan menunggu tuan rumah untuk mengambil shoutul dan rakan dan tuan rumah tersebut berasal dari Jakarta.Kktaorg pown angkat bagasi ke dalam kereta yang agak2 asing pada pandangan kitaorg.Tuan rumah mengajak kitorg ke rumah Konsulat General dan bertemu dengannya.Namanya Encik H juga berasal dari Kuala Lumpur dan kitaorg dijemput untuk hadir ke rumahnya untuk berhari raya.Shoutul juga jumpa dengan seorg budak UBC,namanya S ,anak seorg duta Malaysia di Sudan.Kemudian kitaorg diperkenalkan dengan 29th Avenue dan Radisson Street.

Setelah tibanya di rumah,kitaorg pown kemas barang sambil berbual dengan tuan rumah...penat owh..

-shoutul humaira-0046-

Sunday, 28 August 2011

Sebuah lapangan untuk kapal yang boleh terbang di tempat berlumpur


Salam and Hi 


Dengan ini secara rasminya shoutul humaira mengisytiharkan diri sebagai sebahagian dari Kanada.Bertemu kita kembali dalam rancangan Journey To The West tajaan UBC.Kini shoutul berada di dalam bilik yang agak2 sejuk di Jalan Radisson. Jom cita macam mana shoutul sampai ke kanada. Di KLIA kitaorg bersama keluarga tiba lebih kurang pukul 4 petang.Punyalah teruja sehinggakan hilangnya logo 1Malaysia.Ayah punya la tertekan dek kehilangan logo tersebut lalu dengan kebijaksanaan cik mama,cik mama membeli logo yang baru sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Kemudian  ada la kakak JPA datang minta pelajar tajaan JPA untuk ke tempat menghantar bagasi kargo.shoutul apa lagi, angkut la dan yang bertuahnya shoutul menjadi org pertama di kaunter L16.Lepas tue jalan ngn cik mama dan encik papa di KLIA walaupun ada yang bercadang untuk pulang ke hotel.

Setelah berjalan ke hulu dan kehilir dan kami berehat menunggu waktu berbuka.Tetiba datang seorg kawan yang juga bakal berjuang di bumi daun maple dan timbul la pelbagai perbualan bersama ayah,shoutul dan kawan shoutul.Setelah berbuka di Restoran Ayam Goreng Kentucky,shoutul dan kawan pergi ke surau menunai solat Maghrib dan Isya'.Setelah berehat sehingga jarum jam tangan shoutul menunjukkan waktu berkumpulnya pelajar 2 JPA.Encik A memberi pesanan terakhir sebelum kitaorg terbang.Setelah mendapatkan tiket penerbangan dan pas terbang,kitaorg pown turun la sambil melambaikan tangan kepada cik mama,encik papa dan keluarga.Yang lawaknya shoutul tak menangis pown mcm dalam drama..haha..kitaorg pown terus menuju ke kastam bersama seorang rakan yang berasal dari Gombak dan seorg lagi dari Puchong...

Kitaorg pown tunggu la di Terminal 2 untuk penerbangan ke Frankfurt sambil bersembang dengan seorg kawan yang digelarkan sebagai Dato'.hehe.Setelah pintu pagar dibuka,staff MAS memberi peluang dahulu kepada golongan2 yang mempunyai tempat duduk kelas penerbangan dan bagi yang berkeluarga..selepas tue kitorg serbu la pintu pagar tue.Dalam kapal terbang saya duduk di tempat duduk tengah disebelah Alfie dan seorg kawan dari Bandar Tun Hussein Onn.Kitaorg teruja la sebab ada skrin tv di hadapan dan cuba untuk mengaktifkannya.Setelah kapten kapal memberi arahan untuk memakai tali pinggang keledar untu keselamatan,yang tinggal hanyalah bunyi enjin pesawat Boeing 747..tepat jam 12 malam,kitaorg pown terbang la.

Dalam perjalanan kawan yang berasal dari Gombak mengajak shoutul humaira untuk solat tarawih..huhu..saya apa lgi,terus tanya kakak pramugari tue la dan yang seronoknya kami diberi kebenaran solat di atas kapal terbang,punya la seronok sebab dapat solat tarawih sama2.Setelah terbitnya fajar kawan saya tue ajak saya berpuasa.Jadi secara keseluruhannya saya berpuasa selama 28 jam dek berlakunya perubahan zon waktu.Tibanya di Frankfurt,saya dan rakan-rakan ronda di sekitar lapangan terbang antarabangsa Frankfurt selama 4 jam dengan termasuknya pemeriksaan bagasi.Kemudian kitaorg naik Air Canada ke Toronto di mana perjalanan mengambil masa selama 9 jam.Huhu..

Setelah tibanya di Toronto,kitaorg diminta untuk membuat pemeriksaan kastam dan immigresen untuk dapatkan permit pelajar.Kitaorg ronda lebih kurang dua jam di Toronto sambil membeli makanan untuk berbuka puasa.Tidak lupa juga shoutul dan rakan menunaikan solat secara duduk di lapangan terbang.solat2.Apabila tibanya jam 4 petang kitaorg pown terbang ke Vancouver dan perjalanan mengambil masa 5 jam.Seronok jugak sebab dapat melihat Rocky Mountain...lawa2.Itulah perjalanan shoutul humaira ke KANADA...

-shoutul humaira-0657-Vancouver-

Tuesday, 23 August 2011

Jalan Radisson


Salam and Hi!



          Bertemu kita lagi dalam rancangan Joumery To The West terbitan UBC.Aha..jom kita cerita sikit rumh yang bakal ditakluki Shoutul Humaira tak lama lagi.Rumah nie sejam dari UBC kalu nek bas yang slow tahap gaban..haha..mungkin sebab byk stesen bas kowt sebab tue sejam..klu nek kereta pun mungkin mengambil masa 1800 saat..sebab kereta kan cepat...Rumah nie bakal dikuasai oleh tiga orang jejaka yang lagi kool dan bergaya dari Malaysia,dua orang dari pulau yang banyak pokok pinangnya dan seorang lagi dari ceruk kuala yang bayak lumpurnya.Rumah yang kitaorang sewa adalah rumah bawah tanah,jadi ada la sikit pengalaman tidoq bawah tanah..tak la sejuk sangat.

Buat pengetahuan shoutul humaira yang bukannya maha mengetahui,rumah nie dikatakan telah dilengkapi dan dipenuhi dengan peralatan-peratalan penting termasuk lah adanya gelombang WIFI yang telah dimasukkan dalam akaun sewa rumah kitaorg.Jadi,senanglah sikit nak wat kajian ke,tesis ke kan.Yang penting mak cakap kalau nak hidup di bumi daun maple nie,kita kena pandai masak sebab kat sana makanan yang halal susah cari,terpaksa la shoutul humaira nie berlagak sebagai tukang masak yang agak2 osem masakannya.Lagipun tinggal di luar kampus agak osem dek kerna kewujudan saudara yang agak2 senior membantu dalam menyesuaikan diri dengan susana yang sejuk tahap membeku di hari krismas di mana suhunya mencecah 0 darjah selsius.

Mungkin jugak senang untuk melaksankan ibadah solat dan bacaan Al-Quran sebab kitaorg dah kuasai rumah itu,nak buat halaqoh pown senang.Rumah kitaorg pulak lebih kurang 300 saat dari masjid..senang la kalau nak solat jemaah dan hadiri kelas 2 agama..masjid nie jugak dijadikan pusat islam di Jalan Radisson dan Laluan Diraja.Laluan Diraja jugak dipenuhi dengan kedai-kedai manusia yang berketurunan Asia dan ia menyenangkan kami bertiga bagi mendapatkan rempah ratus untuk buat gulai.Rumah kitaorg jugak lebih kurang 1800 saat dari kota raya Vancouver dan lapangan terbang Vancouver yang terletak di persisiran pantai British Columbia yang berhadapan dengan Pulau Vancouver.

Itulah cita sal rumah saye..hehe

-shoutul humaira-1759-